Kehidupan peribadi Jamal_Abdillah

Perkahwinan pertama Jamal ialah dengan Basariah Abdul Latiff pada 1988 tetapi mereka tidak dikurniakan anak.

Selepas bercerai dengan Basariah pada tahun 1996, Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani tetapi perkahwinan itu tidak bertahan lama.

Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra Samad pada Disember 2005 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani. Jamal tiba-tiba melafazkan cerai ketika berada di dalam kereta pada 15 Mei 2007.

Jamal didakwa telah mengugut menerusi SMS kepada Fatimatuzahra Samad , 26 daripada nombor 013-3088080 ke nombor 017-3887258 pada pukul 7.44 pagi 30 April 2007. Ugutan SMS itu berbunyi "Tunggu dan lihat apa akan terjadi." Kes dibicarakan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Pada 30 Ogos 2008, Fatimatuzahra telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11 di sini yang mengandungi penjelasan kepada laporan polis pertama .

Pada 23 April dan 3 September 2008 Fatimatuzahra telah menghantar dua pucuk surat kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya di Selangor untuk memohon supaya pertuduhan terhadap Jamal ditarik balik. Dalam perbicaraan perceraian dan ugutan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 10 Jun 2009 , Jamal Abdillah tidak hadir.Peguam beliau ialah Datuk Mohd. Taqiyuddin Yahya. turut hadir ialah isteri Jamal iaitu Fatimatuzahra Samat, penjamin Ismail Mohd. Zaki dan Timbalan Pendakwa Raya Siti Syakimah Ibrahim.Di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 11 Mei 2009, Jamal hadir.[2]

Pada 1 April 2017, beliau telah bernikah dengan seorang gadis berasal dari Kulim, Zai Izzati Khiruddin, iaitu perkahwinan beliau kali keempat.[3]

Rujukan

WikiPedia: Jamal_Abdillah http://bluesriders.blogspot.com/2011/06/jamal-abdi... http://shahmyra.com/CDCollection/Artis_J/Jamal_Abd... http://fathil.tripod.com/PencapaianSeni.html http://fathil.tripod.com/RiwayatJamal.html http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p074925369 http://isni.org/isni/0000000026903524 https://www.facebook.com/jamal.djas https://id.loc.gov/authorities/names/n87887167 https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/...